Sunday, 19 May 2013

Calvin Thoo memeluk islam..Alhamdulillah

Assalamualaikum,

Apabila dpt tahu Calvin Thoo(pereka fesyen terkenal)memeluk islam, hal ini amat menggembirakan seluruh umat islam. Khabarnya, beliau mendapat hidayah selepas bermimpi mengucap dua kalimah syahadah..

*gambar diambil dari Malaysianreview.com

Tuesday, 30 April 2013

Buat sendiri aiskrim kat rumah...Yeay!!

Holla... Hari ni terasa nak update sesuatu pasal makanan la.Well, aku kan suka makan.Lagi lagi aiskrim...So, memandangkan hari ni mak aku plan nak buat homemade aiscream, aku pun terlalu teruja la..huhu. Utk perkongsian, saya akan senaraikan bahan bahan nya:
  • 1 tin susu cair
  • Setengah tin susu pekat
  • 1 biji telur
  • Ovelet
  • Pewarna yang dibenarkan
  • Esen vanilla

    Campur semua bahan dalam satu bekas dan gaulkan selama 15 minit or lebih..lagi lama lagi bagus, biar kembang.

    Nah, ini hasilnya...tapi bila rasa tu agak manis. So, pandai pandaila adjust ea..

    KURANGKAN MANIS DALAM MAKANAN, LEBIHKAN MANIS DALAM SENYUMAN.. xoxo, farah. SELAMAT MENCUBA YE...

  • Monday, 29 April 2013

    Mi kari..sedapnya!!

    Semalam aku dan family berpuasa..So, mak aku pon buat la mi kari*feveret abah aku*.Memandangkan aku rasa masakan mak aku tersangatlah sedap, so aku nak share la dengan uolls agar dapat buat sendiri kat rumah korang.Ni adalah resepi mi kari nya:

    Bahan Penting

  • 3 biji bawang merah,
  • 2 ulas bawang putih,
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji cili kering

    Bahan untuk kuah

  • ketul ayam di potong kecil
  • fish ball
  • fish cake
  • 1 kotak santan di campur air sebanyak 1-2 cawan (ikut suka hati sebenarnya, nak pekat ke tak)
  • 1 paket kecil rempah kari ayam baba's campur dengan adabi(nak salah satu je pun tak pe, tapi mak aku suka campur biar pekat katanya) di campur sedikit air

    Bahan Lain(tak tau nak tulis apa sebenarnya)

  • 1 peket mee kuning
  • Taugeh(dicelur sekejap je)
  • sawi (dicelur sekejap)
  • Limau kasturi Cara cara tu mak aku malas pulak nak bagitau...ala, tapi senang je*aku rasa la. Just tumis bahan penting tu, pastu dah naik bau tu, letak la rempah kari, dan ayam. Pastu letak la santan. Bila dah mendidih tu letak pulak garam secukup rasa.Look, siap dah.Then, mee tu letak la sendiri..
  • Saturday, 20 April 2013

    Event OM Part II

    hai hai..hello... sebelum ni ada update pasal event kan..em, sekarang ni nak letak sambungan gambar2 hari tu. Alhamdulillah semua berjalan lancar.^^ #thanks to my lecturers, friends for supporting our event.

    Event OM Part 4...kelas AOM1144D

    hello!!! Assalamualaikum..wah, mcm eksited je nak taip blog ni..*maklumlah dah bersawang.. Fyi, kitaorang ni (OM Part 4) kena buat event untuk subjek OMT290. Subjek ni kira best la jugak kan, sebab tak payah belajar kan. cuma datang kelas bawak diri, then, bincang pasal event ni. And....aku adalah AJK PENDAFTARAN. ye ye ye...yang duduk kat tempat pendaftaran tuh..tunggu orang ambik kedatangan what so ever tu lah... hah, lupa pulak nak bagitau yang kitaorang ni buat event MPG stands for Majlis Pra Graduasi untuk Part 5 yang akan graduated semester 5..*sem depan aku pulak jadi tetamu..hahaha.. Ok, kat bawah ni gambar masa MPG hari tu..gambar ni credit to my classmate amri dan lain lain sebab bukan aku yang tangkap gambar..just ambik kat pendrive je.. Very Unforgettable Memory at Kinta Riverfront Hotel, Perak.

    Tuesday, 5 February 2013

    Rasulullah dan kucingnya(Mueeza)

     



    Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
    Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
    Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

    Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
    Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.

    Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
    Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

    Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.
    Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

    Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan
    Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.
    .

    diambil dari:  zharifalimin.blogspot